Tuesday, 8 December 2015

         HAI UOLLLSS.... PERNAH TERPIKIR ATAU TIDAK                            BAGAIMANA CORAK DICETAK PADA....

          T-SHIRT......?
          TOPI (CAP).....?
          CAWAN......?
          PINGGAN.....? 


        AYUH!!! SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN VIDEO INI.....



5 Petua Tradisional

Petua tradisional:

                              Image result for petua usahawan berjaya

  • Jangan jadikan keuntungan sebagai matlamat utama tetapi keredaan dan keberkatan Allah SWT yang utama.
  • Berlaku jujur dan ikhlas dalam urus niaga kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa akan di masukkan peniaga yang jujur dan telus itu ke dalam syurga bersama rasul-rasul Allah dan mereka yang beriman.
  • Sentiasa utamakan kebersihan kerana Islam menuntut kebersihan dalam penghasilan produk makanan.
  • Jangan sesekali menjual barangan haram. Contoh?? Jual arak, jual dadah, jual orang.....
  • Jadikan kritikan sebagai pendorong untuk kita melakukan dengan lebih baik.

whuu..bukan petua nak chantik gebu geban yeow....

PETUA TRADISIONAL USAHAWAN DUNIA!!!

            INGIN BERJAYA,TAPI...
                      MALAS???
                      MALU???

         BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA????
             
 Renung renungkan lah..jika mereka boleh, mengapa bukan kita?? Mereka tidak seperti kita yang sempurna dari segi fizikal.Tetapi mereka mempunyai hati dan jiwa yang kental serta tabah untuk menjadi seorang yang berjaya dan kini telah pun berjaya merebut gelaran "USAHAWAN BERJAYA" daripada kita. Insan yang sempurna fizikal seperti kita, di mana kita sekarang jika dibandingkan dengan mereka??? Masih di bawah??? Adakah ingin selama lamanya di bawah???

Jangan..... 

Anda berani???

Sahutlah cabaran saya ini supaya kita sama sama sampai di garisan penamat...

Untuk yang telah mula berjalan, berlari lah...

Untuk yang telah mula, tahniah saya ucapkan.. 

Untuk yang belum mulakan apa-apa ,mulalah dari sekarang walaupun dengan beberapa langkah kerana itu lebih baik daripada anda terus "STATIK" !!! 






Monday, 7 December 2015

CIRI KEUSAHAWANAN RASULULLAH S.A.W




Rasulullah SAW sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib AS berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu hari, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh sebab kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Antara ciri-ciri Keusahawanan Rasulullah yang patut kita contohi:-

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah SAW disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaingnya.

 2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

 3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

 4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

 5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

 7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

 8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

 9. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.
ANDA INGIN BERNIAGA..????? TAPI TIDAK TAHU CARA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN.. DI SINI, SAYA KONGSIKAN VIDEO MENGENAI CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN DARIPADA DR. HJ. AZIZAN OSMAN..

             
KATA-KATA HIKMAT DARIPADA USAHAWAN YANG BERJAYA



Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya   Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya   


                Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya    Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya
KERATAN AKHBAR MENGENAI KEUSAHAWANAN