Monday, 7 December 2015

CIRI KEUSAHAWANAN RASULULLAH S.A.W




Rasulullah SAW sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib AS berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu hari, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh sebab kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Antara ciri-ciri Keusahawanan Rasulullah yang patut kita contohi:-

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah SAW disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaingnya.

 2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

 3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

 4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

 5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

 7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

 8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

 9. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

No comments:

Post a Comment