Saturday, 21 November 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

KEMAMPUAN MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Sikap kemampuan untuk mengambil peluang juga terdapat di dalam diri usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Shah B. Syed Nor Al-Bukhary. Kisah ini bermula pada 1970-an dimana perniagaan haiwan ternakan ayahnya seperti lembu dan kerbau namun iatelah merosot akibat berlakunya penyakit kaki dan mulut. Seluruh haiwan ternakan ayahnya telah mati dengan begitu sahaja. Semenjak daripada peristiwa itu, Tan Sri Syed Mokhtar telah ambil alih perniagaan ayahnya. Beliau juga telah membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan tersebut dan mula menjadi pengusaha daging secara kecil-kecilan. Beliau telah beralih kepada syarikat pengangkutan setelah mendapat permit dan pinjaman daripada MARA pada tahun 1972. Kini, syarikat terbabit mempunyai lebih daripada 40 buah lori.
Pada tahun 1975, beliau telah membina Syarikat Shah dan membuat lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai BERNAS. Setelah itu, beliau berhasil mendapat kontrak untuk membekalkan beras ke FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan sebagainya. Selain itu, beliau menubuhkan sebuah syarikat baru yang diusaha bersama dua orang peniaga cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan.Ghiak  merupakan pedagang beras manakala Chong pula penghilang beras. Perniagaan tersebut diberi nama Bukhary Sdn. Bhd yang beroperasi pada 15 Julai 1976 di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Dalam syarikat tersebut, Tan Sri Syed Mokhtar telah memgang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing memegang 32 peratus dan 16 peratus kepentingan.

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
Kejayaan seseorang tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtihar. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang tidak pernah berputus asa dalam menghadapi cabaran. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan penternakan lembu. Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary dan bapanya mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijiual di pasaran tempatan. Namun, perniagaan mereka telah di duga apabila lembu yang diternak telah diserang penyakit kaki dan mulut. Perniagaan yang mereka usahakan akhirnya muflis berikutan masalah tersebut.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Moktar Al-Bukhary mengambil alih perniagaan dan mula dengan menjual daging semula. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual dan kemudiannya membungkus daging tersebut bersama ais. Beliau menjual daging tersebut kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu setelah bangkit dari kegagalan.

BERORIENTASIKAN HASIL
Sepertimana sedia maklum, kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah berdasarkan ciri keusahawanan yang ada pada beliau sendiri. Antaranya ialah berorientasikan hasil. Beliau dikatakan mencipta kejayaannya melalui aspek ini adalah kerana beliau menjadikan wang hasil daripada pinjaman MARA sebanyak RM110,000 untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS untuk mengangkut beras di bawah syarikat beliau sendiri iaitu Syarikat Pengangkutan Berhad. Apabila perniagaan semakin maju, beliau telah membeli lagi beberapa buah lori untuk memudahkan lagi urusan pengangkutan barangan dan lebih daripada 40 buah lori dimilikinya sehingga kini. Beliau bijak menjana peluang dan mengembangkan perniagaan yang lain dengan cara berorientasikan hasil perniagaan sebelumnya.
Sebagai contohnya, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.

PROAKTIF
Sifat proaktif juga penting dalam diri seorang usahawan untuk menunjukkan kesungguhan dalam menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contohnya, Syed Mokhtar yang merupakan seorang usahawan yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran walaupun beliau tidak pernah melanjutkan pengajiannya di peringkat Universiti. Tetapi berkat kesungguhannya dan  pengalaman beliau seperti melakukan penyimpanan buku harian, menjual daging, pembungkusan daging beliau bersungguh untuk mendalami bidang keusahawanan dengan lebih mendalam.
Pada tahun 1990 an, beliau mula mengorak langkah dengan perniagaan beras. Setelah itu, beliau cuba beralih untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan cara memasuki perniagaan yang lain. Seterusnya beliau cuba menceburi dalam perniagaan logistik, dengan matlamat awal untuk mengangkut bahan-bahan perdagangan. Ketekunan demi ketekunan yang ditonjolkan kini perniagaan beliau telah berkembang kepada pelbagai jenis perniagaan seperti perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, penjanaan tenaga, infrastruktur dan pelabuhan.

KESANGGUPAN MENANGGUNG RISIKO
Bagi Tan Sri Syed Mokhtar sebelum beliau berjaya, beliau telah menghadapi pelbagai risiko namun  beliau tidak mudah berputus asa, beliau bangun untuk menghadapi risiko dengan pelbagai cara. Antara risiko yang pernah dihadapi oleh beliau ialah, pada 1970-an perniagaan binatang ternakan bapanya telah mengalami kemerosotan, perniagaan perkapalan beliau telah mengalami kerugian yangbesar iaitu sebanyak USD 400,000 dan pernah ditipu dalam perniagaan.
Namun beliau tidak pernah menjadikan risiko-risiko tersebut sebagai satu halangan untuk   beliau berjaya, malah daripada risiko-risiko tersebutlah beliau bangun untuk membina empayar perniagaannya dengan menceburi pelbagai jenis perniagaan baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepadanya.