Rasulullah SAW sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di
bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib AS
berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu hari,
Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam
rombongan yang sama. Oleh sebab kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan,
Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan
unggul) ketika berumur 25 tahun.
Antara ciri-ciri Keusahawanan Rasulullah yang patut kita contohi:-
1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah SAW disenangi walaupun daripada
usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaingnya.
2. Lurus dan tepat dengan
kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu
dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah
akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.
3. Sentiasa senyum ketika
menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi
senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!
4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan
dan juga pelanggan.
5. Lemah lembut ketika
berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh
pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah
adalah dari pelbagai bangsa juga.
6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual
dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang
termampu!
7. Bukan mengejar harta
semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.
8. Fasih dalam bertutur
kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan
sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.
9. Bijak membuat
keputusan
Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari
usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya,
Abu Talib.