TAN
SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
KEMAMPUAN MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Sikap kemampuan untuk
mengambil peluang juga terdapat di dalam diri usahawan Tan Sri Syed Mokhtar
Shah B. Syed Nor Al-Bukhary. Kisah ini bermula pada 1970-an dimana perniagaan
haiwan ternakan ayahnya seperti lembu dan kerbau namun iatelah merosot akibat
berlakunya penyakit kaki dan mulut. Seluruh haiwan ternakan ayahnya telah mati
dengan begitu sahaja. Semenjak daripada peristiwa itu, Tan Sri Syed Mokhtar
telah ambil alih perniagaan ayahnya. Beliau juga telah membuat keputusan untuk
melibatkan diri dalam bidang ternakan tersebut dan mula menjadi pengusaha
daging secara kecil-kecilan. Beliau telah beralih kepada syarikat pengangkutan
setelah mendapat permit dan pinjaman daripada MARA pada tahun 1972. Kini,
syarikat terbabit mempunyai lebih daripada 40 buah lori.
Pada tahun 1975, beliau
telah membina Syarikat Shah dan membuat lesen perdagangan beras daripada
Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai BERNAS. Setelah itu, beliau
berhasil mendapat kontrak untuk membekalkan beras ke FELDA, MARA Senama, Pernas
Edar dan sebagainya. Selain itu, beliau menubuhkan sebuah syarikat baru yang
diusaha bersama dua orang peniaga cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong
Tan.Ghiak merupakan pedagang beras manakala Chong pula penghilang beras.
Perniagaan tersebut diberi nama Bukhary Sdn. Bhd yang beroperasi pada 15 Julai
1976 di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Dalam syarikat tersebut, Tan Sri
Syed Mokhtar telah memgang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong
Tan masing-masing memegang 32 peratus dan 16 peratus kepentingan.
KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
Kejayaan seseorang tidak
akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtihar. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
merupakan seorang usahawan yang tidak pernah berputus asa dalam menghadapi
cabaran. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu
bapanya dalam perniagaan penternakan lembu. Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary
dan bapanya mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijiual
di pasaran tempatan. Namun, perniagaan mereka telah di duga apabila lembu yang
diternak telah diserang penyakit kaki dan mulut. Perniagaan yang
mereka usahakan akhirnya muflis berikutan masalah tersebut.
Walau bagaimanapun, Tan
Sri Moktar Al-Bukhary mengambil alih perniagaan dan mula dengan menjual
daging semula. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi
membeli daging yang tidak terjual dan kemudiannya membungkus daging tersebut bersama
ais. Beliau menjual daging tersebut kembali kepada peniaga
Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu setelah bangkit dari kegagalan.
BERORIENTASIKAN HASIL
Sepertimana sedia maklum,
kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah berdasarkan ciri keusahawanan
yang ada pada beliau sendiri. Antaranya ialah berorientasikan hasil. Beliau
dikatakan mencipta kejayaannya melalui aspek ini adalah kerana beliau
menjadikan wang hasil daripada pinjaman MARA sebanyak RM110,000 untuk membeli
dua buah lori Mercedes 911LS untuk mengangkut beras di bawah syarikat beliau
sendiri iaitu Syarikat Pengangkutan Berhad. Apabila perniagaan semakin maju,
beliau telah membeli lagi beberapa buah lori untuk memudahkan lagi urusan
pengangkutan barangan dan lebih daripada 40 buah lori dimilikinya sehingga kini.
Beliau bijak menjana peluang dan mengembangkan perniagaan yang lain dengan cara
berorientasikan hasil perniagaan sebelumnya.
Sebagai contohnya, beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga
Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi
membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn.
Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas
berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua
orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee
adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Daripada beras,
beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu
gula.
PROAKTIF
Sifat proaktif juga
penting dalam diri seorang usahawan untuk menunjukkan kesungguhan dalam
menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contohnya, Syed Mokhtar yang merupakan
seorang usahawan yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran walaupun
beliau tidak pernah melanjutkan pengajiannya di peringkat Universiti. Tetapi
berkat kesungguhannya dan pengalaman beliau seperti melakukan
penyimpanan buku harian, menjual daging, pembungkusan daging beliau bersungguh
untuk mendalami bidang keusahawanan dengan lebih mendalam.
Pada tahun 1990 an, beliau
mula mengorak langkah dengan perniagaan beras. Setelah itu, beliau cuba beralih
untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan cara memasuki perniagaan yang
lain. Seterusnya beliau cuba menceburi dalam perniagaan logistik, dengan
matlamat awal untuk mengangkut bahan-bahan perdagangan. Ketekunan demi
ketekunan yang ditonjolkan kini perniagaan beliau telah berkembang kepada
pelbagai jenis perniagaan seperti perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan,
kejuruteraan, penjanaan tenaga, infrastruktur dan pelabuhan.
KESANGGUPAN MENANGGUNG RISIKO
Bagi Tan Sri Syed Mokhtar
sebelum beliau berjaya, beliau telah menghadapi pelbagai risiko namun beliau tidak mudah berputus asa, beliau
bangun untuk menghadapi risiko dengan pelbagai cara. Antara risiko yang pernah
dihadapi oleh beliau ialah, pada 1970-an perniagaan binatang ternakan bapanya
telah mengalami kemerosotan, perniagaan perkapalan beliau telah mengalami
kerugian yangbesar iaitu sebanyak USD 400,000 dan pernah ditipu dalam
perniagaan.
Namun beliau tidak pernah
menjadikan risiko-risiko tersebut sebagai satu halangan untuk beliau berjaya, malah daripada risiko-risiko
tersebutlah beliau bangun untuk membina empayar perniagaannya dengan menceburi
pelbagai jenis perniagaan baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan
kepadanya.
No comments:
Post a Comment