1. PROAKTIF
Proaktif
merupakan salah satu sifat yang menggambarkan kesungguhan seseorang usahawan
dalam menjayakan atau meningkatkan prestasi perniagaannya dalam sesuatu tempoh
masa. Sifat ini yang menjadi dorongan kepada usahawan dalam bergerak maju ke
hadapan.
CONTOH USAHAWAN
; JEFF BEZOS
2. KEBOLEHAN
MEWUJUDKAN HUBUNGAN
Kebolehan
berinteraksi dengan baik merupakan satu sifat atau kelebihan bagi seseorang
usahawan dalam mengendalikan perniagaannya. Interaksi merupakan salah satu cara
untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Melalui interaksi, uasahawan dapat bertukar-tukar maklumat dan
membina hubungan antara beliau dengan pengguna untuk memberi serba sedikit
maklumat mengenai perniagaannya.
CONTOH USAHAWAN
: PUAN ZAITON (KAK TON)
3. KESANGGUPAN
MENANGGUNG RISIKO
Seseorang
usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang keusahawanan haruslah
berhadapan dengan pelbagai risiko. Risiko merupakan salah satu cabaran utama
dalam aktiviti perniagaan. Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah
usahawan yang berjaya dalam menghadapi dan menghitung risiko yang perlu mereka
tanggung. Seperti yang kita sedia maklum, kejayaan seseorang usahawan juga
dapat dilihat daripada jumlah risiko yang ditanggung olehnya. Jika semakin tinggi
risiko yang ditanggung, maka jumlah pulangan yang bakal diperolehi oleh
seseorang usahawan tersebut juga tinggi dan juga sebaliknya.
CONTOH USAHAWAN
: TAN SRI DATO SERI JEFFREY CHEAH
4. KEMAMPUAN
MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Pemerhatian
merupakan salah satu cara usahawan untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk
mereka menceburi sesuatu perniagaan. Usahawan yang berjaya tidak memandang
negatif tentang sesuatu kegawatan, malahan daripada kegawatan itulah mereka
berfikir untuk mengambil peluang-peluang yang ada untuk mengembangkan
perniagaan mereka. Pra syarat untuk seseorang usahawan itu berjaya adalah
dengan sentiasa peka tehadap peluang-peluang yang ada. Mereka bijak merebut
peluang yang ada yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka.
CONTOH USAHAWAN
ARISTOTLE ONASSIS
5. BERWAWASAN
Berwawasan boleh
didefinisikan sebagai sifat orang-orang yang mempunyai pandangan jauh mengenai
pembangunan masa depan dan teknologi. Aspek berwawasan merupakan salah satu
ciri yang amat diperlukan untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan
kebiasaannya aspek ini berkaitan dengan individu yang bergelar usahawan. Selain
itu, berwawasan adalah berkaitan dengan tingkah laku dan tindakan mengambil
keputusan jangka panjang atau strategik yang memberi impak kepada masyarakat
dan negara.
CONTOH USAHAWAN
: DR IRFAN KHAIRI
6. KEGAGALAN
SEBAGAI SESUATU PILIHAN
Memetik kata
dari Thomas A.Edison "kegagalan hidup yang banyak adalah orang-orang yang
tidak sedar sejauh mana jarak mereka kepada kejayaan apabila mereka berputus
asa”. Semua orang menghadapi kegagalan pada satu titik atau pada titik yang
lain. Apa yang benar-benar penting adalah bagaimana kita bertindak balas dan
belajar daripada kegagalan itu.
CONTOH USAHAWAN
: MILTON HERSYEY
7. KETERBUKAAN
BUDAYA
Keterbukaan budaya merujuk kepada situasi yang
tidak meletakkan batasan atau penghalang untuk semua masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan budaya. Ia juga membawa maksud keadaan yang
mendatangkan keselesaan kepada setiap budaya yang akan cuba untuk memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat seluruh dunia. Usahawan yang menggunakan
unsur-unsur budaya yang terbuka adalah usahawan yang menggabungkan aspek budaya
yang berbeza dan mesti mempunyai aspek-aspek yang boleh diguna pakai oleh semua
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan budaya
CONTOH USAHAWAN : DATUK REDZUAWAN ISMAIL (CHEF
WAN)
8. BERORIENTASIKAN HASIL
Usahawan yang
bercirikan ‘outcome oriented’ ini lebih terdorong untuk fokus kepada hasil.
Bermaksud tindakan yang mengfokuskan kepada impak dan perolehan. Mungkin seerti
dengan sesuatu seperti orientasi proses,di mana tumpuan berada pada cara
usahawan itu melakukan. Usahawan yang berorientasikan hasil akan membuka
perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, mereka berusaha
untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan
mereka dan akan memasarkan perniagaan mereka keluar negara. Di samping itu,
usahawan ini akan berterusan berusaha menghasilkan barang dan produk baru
CONTOH USAHAWAN : STEVE JOBS
9. ORIENTASI
BERPASUKAN
Orientasikan
kumpulan atau berpasukan akan dapat membina kepercayaan dalam kalangan
ahli pasukan. Ia membantu pekerja berfikiran terbuka dan saling berhubung
antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah-masalah yang muncul dalam
perniagaan yang mereka ceburi. Apabila bekerja berkumpulan, pekerja dapat
belajar tentang kemenangan dan kekalahan yang memberi kesan kepada semua ahli
dalam kumpulan. Kerja berpasukan juga memerlukan keyakinan antara satu sama
lain kerana masing-masing mempunyai kemahiran yang tersendiri. Melalui
kemahiran yang terdapat dalam diri setiap pekerja akan mendorong perniagaan
tersebut ke arah yang lebih baik dan membolehkan perniagaan berkembang mengikut
peredaran masa dan tingkat teknologi.
CONTOH USAHAWAN
: MARK ZUCKERBERG
permulaan yg bagus... info yg menarik dan ada video.. boleh dh jadi usahawan :)
ReplyDeleteterima kasih.. semua ni atas tunjuk ajar pensyarah dan kawan-kawan jugak..
ReplyDeletewoww . good info
ReplyDeletewoww . good info
ReplyDeleteKata-kata yg memberi info Dan semangat dlm menceburi bidang perniagaan tak Kira perniagaan kecil ataupun perniagaan besar
ReplyDelete