Tuesday, 8 December 2015

         HAI UOLLLSS.... PERNAH TERPIKIR ATAU TIDAK                            BAGAIMANA CORAK DICETAK PADA....

          T-SHIRT......?
          TOPI (CAP).....?
          CAWAN......?
          PINGGAN.....? 


        AYUH!!! SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN VIDEO INI.....



5 Petua Tradisional

Petua tradisional:

                              Image result for petua usahawan berjaya

  • Jangan jadikan keuntungan sebagai matlamat utama tetapi keredaan dan keberkatan Allah SWT yang utama.
  • Berlaku jujur dan ikhlas dalam urus niaga kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa akan di masukkan peniaga yang jujur dan telus itu ke dalam syurga bersama rasul-rasul Allah dan mereka yang beriman.
  • Sentiasa utamakan kebersihan kerana Islam menuntut kebersihan dalam penghasilan produk makanan.
  • Jangan sesekali menjual barangan haram. Contoh?? Jual arak, jual dadah, jual orang.....
  • Jadikan kritikan sebagai pendorong untuk kita melakukan dengan lebih baik.

whuu..bukan petua nak chantik gebu geban yeow....

PETUA TRADISIONAL USAHAWAN DUNIA!!!

            INGIN BERJAYA,TAPI...
                      MALAS???
                      MALU???

         BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA????
             
 Renung renungkan lah..jika mereka boleh, mengapa bukan kita?? Mereka tidak seperti kita yang sempurna dari segi fizikal.Tetapi mereka mempunyai hati dan jiwa yang kental serta tabah untuk menjadi seorang yang berjaya dan kini telah pun berjaya merebut gelaran "USAHAWAN BERJAYA" daripada kita. Insan yang sempurna fizikal seperti kita, di mana kita sekarang jika dibandingkan dengan mereka??? Masih di bawah??? Adakah ingin selama lamanya di bawah???

Jangan..... 

Anda berani???

Sahutlah cabaran saya ini supaya kita sama sama sampai di garisan penamat...

Untuk yang telah mula berjalan, berlari lah...

Untuk yang telah mula, tahniah saya ucapkan.. 

Untuk yang belum mulakan apa-apa ,mulalah dari sekarang walaupun dengan beberapa langkah kerana itu lebih baik daripada anda terus "STATIK" !!! 






Monday, 7 December 2015

CIRI KEUSAHAWANAN RASULULLAH S.A.W




Rasulullah SAW sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib AS berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu hari, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh sebab kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Antara ciri-ciri Keusahawanan Rasulullah yang patut kita contohi:-

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah SAW disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaingnya.

 2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

 3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

 4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

 5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

 7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

 8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

 9. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.
ANDA INGIN BERNIAGA..????? TAPI TIDAK TAHU CARA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN.. DI SINI, SAYA KONGSIKAN VIDEO MENGENAI CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN DARIPADA DR. HJ. AZIZAN OSMAN..

             
KATA-KATA HIKMAT DARIPADA USAHAWAN YANG BERJAYA



Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya   Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya   


                Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya    Image result for kata kata daripada usahawan yang berjaya
KERATAN AKHBAR MENGENAI KEUSAHAWANAN


     

Saturday, 5 December 2015



SAPA BERMINAT NAK JADI USAHAWAN ??
JOM KITA LIHAT VIDEO DI ATAS...!!!!

Saturday, 21 November 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

KEMAMPUAN MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Sikap kemampuan untuk mengambil peluang juga terdapat di dalam diri usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Shah B. Syed Nor Al-Bukhary. Kisah ini bermula pada 1970-an dimana perniagaan haiwan ternakan ayahnya seperti lembu dan kerbau namun iatelah merosot akibat berlakunya penyakit kaki dan mulut. Seluruh haiwan ternakan ayahnya telah mati dengan begitu sahaja. Semenjak daripada peristiwa itu, Tan Sri Syed Mokhtar telah ambil alih perniagaan ayahnya. Beliau juga telah membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan tersebut dan mula menjadi pengusaha daging secara kecil-kecilan. Beliau telah beralih kepada syarikat pengangkutan setelah mendapat permit dan pinjaman daripada MARA pada tahun 1972. Kini, syarikat terbabit mempunyai lebih daripada 40 buah lori.
Pada tahun 1975, beliau telah membina Syarikat Shah dan membuat lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai BERNAS. Setelah itu, beliau berhasil mendapat kontrak untuk membekalkan beras ke FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan sebagainya. Selain itu, beliau menubuhkan sebuah syarikat baru yang diusaha bersama dua orang peniaga cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan.Ghiak  merupakan pedagang beras manakala Chong pula penghilang beras. Perniagaan tersebut diberi nama Bukhary Sdn. Bhd yang beroperasi pada 15 Julai 1976 di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Dalam syarikat tersebut, Tan Sri Syed Mokhtar telah memgang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing memegang 32 peratus dan 16 peratus kepentingan.

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN
Kejayaan seseorang tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtihar. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang tidak pernah berputus asa dalam menghadapi cabaran. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan penternakan lembu. Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary dan bapanya mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijiual di pasaran tempatan. Namun, perniagaan mereka telah di duga apabila lembu yang diternak telah diserang penyakit kaki dan mulut. Perniagaan yang mereka usahakan akhirnya muflis berikutan masalah tersebut.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Moktar Al-Bukhary mengambil alih perniagaan dan mula dengan menjual daging semula. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual dan kemudiannya membungkus daging tersebut bersama ais. Beliau menjual daging tersebut kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu setelah bangkit dari kegagalan.

BERORIENTASIKAN HASIL
Sepertimana sedia maklum, kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah berdasarkan ciri keusahawanan yang ada pada beliau sendiri. Antaranya ialah berorientasikan hasil. Beliau dikatakan mencipta kejayaannya melalui aspek ini adalah kerana beliau menjadikan wang hasil daripada pinjaman MARA sebanyak RM110,000 untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS untuk mengangkut beras di bawah syarikat beliau sendiri iaitu Syarikat Pengangkutan Berhad. Apabila perniagaan semakin maju, beliau telah membeli lagi beberapa buah lori untuk memudahkan lagi urusan pengangkutan barangan dan lebih daripada 40 buah lori dimilikinya sehingga kini. Beliau bijak menjana peluang dan mengembangkan perniagaan yang lain dengan cara berorientasikan hasil perniagaan sebelumnya.
Sebagai contohnya, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.

PROAKTIF
Sifat proaktif juga penting dalam diri seorang usahawan untuk menunjukkan kesungguhan dalam menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contohnya, Syed Mokhtar yang merupakan seorang usahawan yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran walaupun beliau tidak pernah melanjutkan pengajiannya di peringkat Universiti. Tetapi berkat kesungguhannya dan  pengalaman beliau seperti melakukan penyimpanan buku harian, menjual daging, pembungkusan daging beliau bersungguh untuk mendalami bidang keusahawanan dengan lebih mendalam.
Pada tahun 1990 an, beliau mula mengorak langkah dengan perniagaan beras. Setelah itu, beliau cuba beralih untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan cara memasuki perniagaan yang lain. Seterusnya beliau cuba menceburi dalam perniagaan logistik, dengan matlamat awal untuk mengangkut bahan-bahan perdagangan. Ketekunan demi ketekunan yang ditonjolkan kini perniagaan beliau telah berkembang kepada pelbagai jenis perniagaan seperti perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, penjanaan tenaga, infrastruktur dan pelabuhan.

KESANGGUPAN MENANGGUNG RISIKO
Bagi Tan Sri Syed Mokhtar sebelum beliau berjaya, beliau telah menghadapi pelbagai risiko namun  beliau tidak mudah berputus asa, beliau bangun untuk menghadapi risiko dengan pelbagai cara. Antara risiko yang pernah dihadapi oleh beliau ialah, pada 1970-an perniagaan binatang ternakan bapanya telah mengalami kemerosotan, perniagaan perkapalan beliau telah mengalami kerugian yangbesar iaitu sebanyak USD 400,000 dan pernah ditipu dalam perniagaan.
Namun beliau tidak pernah menjadikan risiko-risiko tersebut sebagai satu halangan untuk   beliau berjaya, malah daripada risiko-risiko tersebutlah beliau bangun untuk membina empayar perniagaannya dengan menceburi pelbagai jenis perniagaan baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepadanya.


Wednesday, 18 November 2015

CIRI USAHAWAN BESERTA CONTOH USAHAWAN

1. PROAKTIF
Proaktif merupakan salah satu sifat yang menggambarkan kesungguhan seseorang usahawan dalam menjayakan atau meningkatkan prestasi perniagaannya dalam sesuatu tempoh masa. Sifat ini yang menjadi dorongan kepada usahawan dalam bergerak maju ke hadapan.
CONTOH USAHAWAN  ; JEFF BEZOS

2. KEBOLEHAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN
Kebolehan berinteraksi dengan baik merupakan satu sifat atau kelebihan bagi seseorang usahawan dalam mengendalikan perniagaannya. Interaksi merupakan salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui interaksi, uasahawan dapat bertukar-tukar maklumat dan membina hubungan antara beliau dengan pengguna untuk memberi serba sedikit maklumat mengenai perniagaannya.
CONTOH USAHAWAN : PUAN ZAITON (KAK TON)

3. KESANGGUPAN MENANGGUNG RISIKO
Seseorang usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang keusahawanan haruslah berhadapan dengan pelbagai risiko. Risiko merupakan salah satu cabaran utama dalam aktiviti perniagaan. Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah usahawan yang berjaya dalam menghadapi dan menghitung risiko yang perlu mereka tanggung. Seperti yang kita sedia maklum, kejayaan seseorang usahawan juga dapat dilihat daripada jumlah risiko yang ditanggung olehnya. Jika semakin tinggi risiko yang ditanggung, maka jumlah pulangan yang bakal diperolehi oleh seseorang usahawan tersebut juga tinggi dan juga sebaliknya.
CONTOH USAHAWAN : TAN SRI DATO SERI JEFFREY CHEAH

4. KEMAMPUAN MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Pemerhatian merupakan salah satu cara usahawan untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk mereka menceburi sesuatu perniagaan. Usahawan yang berjaya tidak memandang negatif tentang sesuatu kegawatan, malahan daripada kegawatan itulah mereka berfikir untuk mengambil peluang-peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaan mereka. Pra syarat untuk seseorang usahawan itu berjaya adalah dengan sentiasa peka tehadap peluang-peluang yang ada. Mereka bijak merebut peluang yang ada yang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka.
CONTOH USAHAWAN ARISTOTLE ONASSIS

5. BERWAWASAN
Berwawasan boleh didefinisikan sebagai sifat orang-orang yang mempunyai pandangan jauh mengenai pembangunan masa depan dan teknologi. Aspek berwawasan merupakan salah satu ciri yang amat diperlukan untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan kebiasaannya aspek ini berkaitan dengan individu yang bergelar usahawan. Selain itu, berwawasan adalah berkaitan dengan tingkah laku dan tindakan mengambil keputusan jangka panjang atau strategik yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.
CONTOH USAHAWAN : DR IRFAN KHAIRI

6. KEGAGALAN SEBAGAI SESUATU PILIHAN
Memetik kata dari Thomas A.Edison "kegagalan hidup yang banyak adalah orang-orang yang tidak sedar sejauh mana jarak mereka kepada kejayaan apabila mereka berputus asa”. Semua orang menghadapi kegagalan pada satu titik atau pada titik yang lain. Apa yang benar-benar penting adalah bagaimana kita bertindak balas dan belajar daripada kegagalan itu.
CONTOH USAHAWAN : MILTON HERSYEY 

7. KETERBUKAAN BUDAYA
Keterbukaan budaya merujuk kepada situasi yang tidak meletakkan batasan atau penghalang untuk semua masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Ia juga membawa maksud keadaan yang mendatangkan keselesaan kepada setiap budaya yang akan cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat seluruh dunia. Usahawan yang menggunakan unsur-unsur budaya yang terbuka adalah usahawan yang menggabungkan aspek budaya yang berbeza dan mesti mempunyai aspek-aspek yang boleh diguna pakai oleh semua masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan budaya
CONTOH USAHAWAN : DATUK REDZUAWAN ISMAIL (CHEF WAN)

8. BERORIENTASIKAN HASIL
Usahawan yang bercirikan ‘outcome oriented’ ini lebih terdorong untuk fokus kepada hasil. Bermaksud tindakan yang mengfokuskan kepada impak dan perolehan. Mungkin seerti dengan sesuatu seperti orientasi proses,di mana tumpuan berada pada cara usahawan itu melakukan. Usahawan yang berorientasikan hasil akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, mereka berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka dan akan memasarkan perniagaan mereka keluar negara. Di samping itu, usahawan ini akan berterusan berusaha menghasilkan barang dan produk baru  CONTOH USAHAWAN : STEVE JOBS

9. ORIENTASI BERPASUKAN
Orientasikan kumpulan atau berpasukan akan dapat  membina kepercayaan dalam kalangan ahli pasukan. Ia membantu pekerja berfikiran terbuka dan saling berhubung antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah-masalah yang muncul dalam perniagaan yang mereka ceburi. Apabila bekerja berkumpulan, pekerja dapat belajar tentang kemenangan dan kekalahan yang memberi kesan kepada semua ahli dalam kumpulan. Kerja berpasukan juga memerlukan keyakinan antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kemahiran yang tersendiri. Melalui kemahiran yang terdapat dalam diri setiap pekerja akan mendorong perniagaan tersebut ke arah yang lebih baik dan membolehkan perniagaan berkembang mengikut peredaran masa dan tingkat teknologi. 
CONTOH USAHAWAN : MARK ZUCKERBERG





9 CIRI UMUM USAHAWAN

1. Proaktif
2. Kebolehan mewujudkan hubungan
3. Kesanggupan menanggung risiko
4. Kemampuan melihat
5. Berwawasan
6. Kegagalan sebagai satu pilihan
7. Keterbukaan budaya
8. Berorientasikan hasil
9. Orientasi berpasukan